06 October 2009

SIRI MOTIVASI

Kata-kata motivasi Dr Tuah Iskandar:“Nak buat sesuatu, biarlah betul-betul untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Itulah yang saya ingin sampaikan dalam BIAR BETUL-BETUL kerana saya berpendapat bahawa manusia ini kurang berdisiplin dalam pemikiran dan perlakuan”.Itu Dr Tuah Iskandar yang cakap, dipetik dari buku motivasi tulisannya bertajuk Biar Betul-betul. Memang benar kita sebenarnya kurang berdisiplin terutama dalam pemikiran dan perlakuan kita. Kekadang sikap positif dan pemikiran positif yang kita bina powernya sekejap saja, mungkin sebab kita tak positif betul-betul.
Buat dengan betul-betul maknanya melakukan dengan bersungguh-sungguh, penuh kualiti dan ada matlamat. Nak jadi blogger cemerlang, gemilang dan terbilang, tulis blog betul-betul, bagi maklumat yang bermanfaat, berguna untuk semua orang.
Nak jadi usahawan cemerlang, gemilang dan terbilang, buat betul-betul. Jadilah usahawan yang betul-betul punya usahawan, rajin, baik hati dan jujur. Nak jadi seorang ibu yang cemerlang, jadilah ibu yang menyayangi anaknya, bukan sekadar mahu disayangi semata-mata. Nak jadi seorang anak yang cemerlang, sayangilah ibu betul-betul, bukan sekadari disayangi oleh ibu semata-mata.
Melakukan sesuatu dengan betul-betul membuahkan hasil cemerlang, bagus dan berkualiti tak kisahlah dalam bidang apapun, dalam ibadah, pekerjaan atau kekeluargaan. Jika kita bekerja dengan betul-betul dah tentu kita menjadi pekerja cemerlang, kesannya mungkin kita akan dinaikkan pangkat, dinaikkan gaji atau simply direspek oleh kengkawan kita.
Andai kata kita buat bisnes betul-betul, kekalkan sikap jujur dan baik hati, sudah tentu bisnes kita jadi lebih menonjol tak kira apa yang kita jualkan dalam apa jua jenis perniagaan. Soalnya, kita kena menten sikap buat betul-betul sebab kita selalu tak buat betul-betul sebab malas, bertangguh dan dengki dengan kemajuan orang lain. Tanda kita kurang berdisiplin dalam pemikiran dan perlakuan.

No comments: