28 July 2009

Panduan Bergambar Buat Blog

langkah 1 ( buka www.blogger.com/start klik create blog..terlebih dahulu baca cara buat blog)

langkah 2 ( isikan maklumat....email dan pasword digunakan untuk posting )



langkah 3 ( namakan blog anda..yang belum di publish di blog )





langkah 4 ( anda boleh pilih mana-mana template untuk tampilan blog anda )







langkah 5( klik pada start blogging untuk posting )















langkah 6( untuk posting tulisan,gambar )














CARA BUAT BLOG

LANGKAH PERTAMA


Pertama anda perlu buat alamat email dengan gmail.com seperti ini skssarikei2001@gmail.com kemudian anda perlu membuka site : https://www.blogger.com/start . Setelah itu klik pada perkataan CREATE YOUR BLOG NOW.Jika paparan baru sudah muncul, maka anda isikan sahaja apa yang di dalam kotak-kotak:email address sehingga word verification.Jika sudah terisi semua, anda perlu klik CONTINUE
Setelah klik CONTINUE maka akan muncullah paparan . Anda membuka akaun dulu iaitu dengan mengisikan email anda, dan ulangi sekali lagi. Kemudian buatlah password anda dan isikan semula password anda sekali lagi.
Anda tidak boleh lupa email dan password anda ini, kerana diperlukan sekali ketika anda ingin mengisi tulisan pada blog anda atau mengedit dan menambah apa-apa dalam blog anda.
Kemudian tuliskan huruf yang ada pada word verification, dan klik CONTINUE.

LANGKAH KEDUA

Setelah mengklik CONTINUE maka akan muncullah paparan . Anda namakan blog anda. . Anda boleh menamakan apa sahaja mengikut selera anda.Di bawahnya anda tuliskan alamat blog anda. . Ulangi sehingga nama itu diterima. Jika diterima maka akan diberi tanda "available".Kemudian tuliskan huruf yang ada pada word verification, dan klik CONTINUE

LANGKAH KETIGA

Langkah selanjutnya anda perlu memilih salah satu template yang akan digunakan oleh blog anda. Anda boleh memilih warna dan bentuk yang anda sukai.
Setelah anda pilih salah satu, maka anda lanjutkan dengan klik CONTINUE.
Anda tidak perlu risau tentang template ini kerana jika anda kurang sesuai dengan pilihan anda tadi, maka anda boleh mengganti dengan template lain pada setiap saat anda kehendaki.
Bahkan banyak site-site yang memberikan template free selain yang ada di dalam site blogger ini.

ANDA TELAH BERHASIL MEMBUAT BLOG

Langkah ketiga tadi adalah langkah terakhir dalam pembuatan blog secara dasar. Setelah anda klik CONTINUE pada langkah ketiga, maka muncullah paparan seperti pada gambar sebelah. Dengan itu anda telah berhasil membuat blog anda. Selanjutnya anda boleh menuliskan apa sahaja pada blog anda. Selamat dan Tahniah.

27 July 2009

Aktiviti Pengakap bulan Julai

Ketua Pemimpin Pengakap, Cikgu Enyang memberi taklimat berkenaan dengan mendirikan khemah
Setelah mendirikan khemah, para ahli pengakap bermain permainan untuk memeriahkan suasana
Penolong Ketua Pemimpin, Ust Kamarul Azmi memantau keselamatan ahli pengakap
Cikgu Asrul memeriksa khemah yang didirikan oleh ahli pengakap
Kumpulan yang berjaya mendirikan khemah dengan cepat dan tersusun bersama Cikgu Enyang

Kem Bestari Sholat 3 (Tahun 1,2) 2009

Salah seorang AJK yang turut menjayakan KBS di acara yang terakhir,..terima kasih cikgu Saharudin.
Pelajar juga mengambil kesempatan untuk bergambar dalam aktiviti bacaan surah dalam sholat
Alhamdulillah semua pelajar tertib melaksanakan praktikal sholat.
Fasilitator juga memperbetulkan gerakan pelajar perempuan dalam disiplin dan batas gerakan sholat
Pelajar mempraktikan cara sholat dan kedudukan yang betul.
Ketua Fasilitator, Ustaz Khamarul Azmi memeriksa demonstrasi sholat pelajar bagi memastikan semua pergerakan betul.

SK Sarikei,27 Julai 2009 telah mengadakan Kem Bestari Sholat untuk mempelajari dan mengamalkan sholat yang betul dan jelas. Seramai 8 fasilitator untuk mengajar hampir 60 orang murid muslim dari tahun 1 dan tahun 2.

NASIB GURU, CIKGU DAN PENDIDIK

Akhir- akhir ini kita banyak mendengar berbagai kisah guru, baik yang positif mahupun yang negatif. Tugas guru sebagai pendidik disalah ertikan dengan berbagai hadiah berupa tohmahan, saman, pukulan dan laporan polis terhadap guru..Dengan adanya anugerah ini karya seorang guru untuk membentuk, membina dan mendidik anak bangsa sedikit terganggu dek kerana meladeni keintelektualan ibubapa dan keprihatinan mereka terhadap proses evolusi minda anak - anak kini yang sudah teradaptasi dengan arus budaya realiti yang mengikis akhlak Islamiah.
Adakah salah seorang jurutera bangsa mengetuk, memahat dan melentur hasil karya supaya menjadi yang terbaik di antara yang terbaik...adakah salah seorang seorang insan yang bernama guru mendidik anak - anak bangsa dengan sedikit denda kasih sayang, kadang - kadang sedikit lucu untuk membentuk sahsiah anak didiknya...sedangkan dalm Islam sendiri membenarkan anak - anak di usik sedikit untuk mengajar mereka solat, jadi sudah menjadi lumrah manusia perlu ada denda, hukuman dan seumpama dengannya untuk membimbing dan membentuk mereka menjadi insan yang kamil.
Ramai di kalangan kita pandai menternak anak tetapi tidak pandai mendidik,mengasuh,membentuk dan membinamereka menjadi insan yang seimbang dari aspek rohani, emosi,jasmani dan sosial.
Adakah tugas ibubapa hanya memberi makan, pakaian dan tempat tinggal....bagaimana dengan kasihsayang dalam konsep pendidikan anak....kalau kita mencampuri urusan pembelajaran dan pengajaran anak kita dengan meletakkan kesalahan kepada yang mengajar maka kita telah mengambil hak anak kita untuk menjadi seorang insan yang sempurna dunia dan akhirat.....jadi fikirlah sebelum berfikir........

23 July 2009

KEM MOTIVASI UPSR SAMAHIR 2009

guru dan murid yang mengikuti majlis penangguhan rasmi kem motivasi
Guru Besar SK Sarikei bersama Pegawai PPD dalam majlis penangguhan Kem Motivasi

majlis penangguhan rasmi Kem Motivasi UPSR SAMAHIR 2009
pelajar sedang mengkuti program motivasi di kelas
beberapa pelajar sedang mendaftar untuk mengikuti KEM MOTIVASI UPSR SAMAHIR 2009
Pada 21Julai 2009, telah mengadakan Kem Motivasi UPSR SAMAHIR 2009 bertempat SK Sarikei. Kem motivasi ini adalah gabungan tiga buah sekolah yaitu SK Sarikei,SK Agama MAIS Sarikei dan SK Abang Haji Matahir (SAMAHIR).Hampir 180 pelajar tahun 6 dari setiap sekolah telah mengikuti kem motivasi tersebut.Ia berlangsung selama 2 hari dan penutupan di adakan pada 22 julai 2009.Kem motivasi ini amat bermanfaat dan penting bagi persiapan pelajar tahun 6 di ketiga-tiga buah sekolah dalam UPSR 2009 yang akan berlansung beberapa bulan lagi.Sokongan dari pihak sekolah amat menggalakan terutama tuan rumah (SK Sarikei) telah menjayakan Kem motivasi ini dengan lancar atas kerjasama murid, guru besar, guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, serta semua warga SK Sarikei. Kem ini akan di lanjutkan pada tahun 2010 dan SK Abg Haji Matahir akan menjadi tuan rumah pada tahun depan. Jutaan terima kasih kepada Pegawai PPD Sarikei kerana sudi menjayakan majlis penangguhan kem motivasi UPSR SAMAHIR 2009. Beliau mengatakan semoga perkataan gabungan SAMAHIR ini akan membawa ke arah `Sama Mahir` untuk menggapai kecemerlangan dalam UPSR nanti.

BANTAL

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yangboleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.

Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh
menerima keadaan
seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.

Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
membawa kepada
sifat ego.

Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!

22 July 2009

KELEBIHAN BUDU KELANTAN

Budu sinonim dengan negeri kelantan, ianya diguna dalam menu harian orang kelantan baik sebagai sambal bagi ulam-ulaman dan juga sebagai pembuka selera sewaktu tidak berselera.

Menurut pengkaji dari Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat budu mengandungi gynestin dan phytoestrogen yang melambatkan penuaan dan mencegah kanser payu dara.

Mengikut kajian rambang pengambilan budu sebanyak 150gram sehari dapat menurunkan kadar kolestrol di luar jangkaaan. Budu juga dapat mencegah cirit birit, penyakit jantung dan hipertensi. Ianya juga dapat merangsang sel otak dan meningkatkan daya pemikiran.

Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.
Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.
Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari

19 July 2009

Bank Negara Malaysia realese new RM50 bank notes design



Bank Negara Malaysia is issuing a new RM50 banknote, the second highest denomination in a new design Malaysian banknotes series (4th Series). This new design of RM50 banknote is the first denomination of the 4th Series of Malaysian currency notes which will be replacing the existing series in stages.

RM50 General 1The new design RM50 banknote retains the predominant colour of green-blue. The main theme of the design is the National Mission where the first thrust is "to move the economy up the value chain" which reflects Malaysia's economic transformation to the higher value-added activities in the agriculture, manufacturing and services sectors of the economy.

The dominant intaglio portrait of the first Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, is retained on the right and the national flower hibiscus is in the centre on the front of the new RM50 banknote. Design patterns from songket weaving, which are in the background and edges of the banknote, are featured to reflect the traditional Malaysian textile handicraft and embroidery.

The new RM50 banknote features Malaysia's first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj at the historic declaration of Malaya's independence and the logo of the 50th Anniversary of Independence on the reverse side.

Members of the public are advised to take note of the security features and design of the new RM50 notes as outlined. The existing series of the RM50 banknotes will continue to be legal tender.

Peristiwa Israk Mikraj



1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

17 July 2009

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran Berfikir
Edward de Bono dalam buku beliau yang berjudul ‘I am Right You Are Wrong’ (1990) mendefinisikan Berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Tujuan yang dimaksudkan itu mungkin untuk pemahaman, memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dalam konteks kajian ini ialah usaha guru dalam mewujudkan kemahiran meningkatkan operasi minda pelajar-pelajar untuk mencapai hasil yang maksimum daripada pemikiran itu.
Berdasarkan model yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kemahiran Berfikir mengandungi komponen-komponen berikut:
(a) Pemikiran kritis
(b) Pemikiran kreatif
(c) Menyelesaikan masalah
(d) Membuat keputusan
(e) Kemahiran belajar
Kemahiran Berfikir yang dikenal pasti untuk diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
menurut Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:
(a) membanding dan membeza;
(b) membuat ramalan;
(c) menerangkan sebab;
(d) mengkategori;
(e) mencetuskan idea;
(f) menentukan sumber yang dipercayai
(g) menghasilkan metafora;
(h) menghasilkan analogi;
(i) mengusul periksa andaian;
(j) menentukan bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan;
(k) membuat inferens;
(l) membuat keputusan;
(m) menyelesaikan masalah.

16 July 2009

Pengakap SK Sarikei


LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN SARIKEI


LENCANA

SEKOLAH KEBANGSAAN SARIKEI






TAFSIRAN LENCANA SEKOLAH

Bentuk Bulat:

Bentuk bulat melambangkan kesepaduan kerjasama dan pemuafakatan guru dan murid dalam menjana ilmu pengetahuan.

Warna Kuning:

Warna kuning adalah warna sekolah melambangkan kegemilangan sekolah serta warga sekolah dan ibu bapa bagi melahirkan anak-anak berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia.

Tahun 2001:

Tahun penubuhan sekolah ini.

Buku:

Melambangkan ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya.

Huruf "U":

Menjurus kepada keunggulan Pendidikan dan ko-kurikulum serta peribadi:

Warna Merah:

Warna merah melambangkan keberanian dan kesungguhan menuntut ilmu dan membentuk insan yang berakhlak.

Cogan Kata "Usaha Teras Kecemerlangan":

Usaha yang gigih dan berterusan merupakan teras untuk membentuk insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Cogankata ini sejajar dengan hasrat sekolah, murid-murid serta ibu bapa bagi menentukan anak-anak sentiasa berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan dalam semua bidang dari segi rohani dan jasmani agar menjadi insan yang berilmu, beradap dan bersopan.

BELAJAR MATEMATIK


Pada masa dahulu, ramai guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedah mengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Jarang sekali mereka mengamalkan teori-teori pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka. Akibatnya, matematik merupakan suatu mata pelajaran yang bukan sahaja sukar dipelajari tetapi juga membosankan. Akibatnya murid-murid kehilangan minat pembelajaran matematik itu.
Kajian baru-baru ini telah membuktikan bahawa memahami psikologi perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik serta kebolehan menggunakannya dalam kelas adalah syarat-syarat penting bagi pengajaran matematik yang berkesan. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru matematik, kita harus memahami teori-teori pembelajaran matematik yang dikemukakan oleh beberapa ahli psikologi yang terkenal.
Sebagai seorang guru matematik , kita harus tumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah.
Murid-murid sekolah hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Pengajaran matematik harus diperkenalkan dengan gambarajah atau model.
Adalah didapati murid-murid sekolah tidak dapat membuat kesimpulan daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu mereka tidak boleh memahami hukum-hukum matematik seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu.
Ramai murid sekolah suka menghafaz apa yang diajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh itu, didapati ramai daripada mereka kurang mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol matematik yang mereka pelajari. Untuk menolong murid mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalkan simbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit.
Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, Bruner dan pembantunya kenney membuat kajian dan pemerhatian serta menjalankan eksperimen dalam kelas-kelas matematik. Pada tahun 1963, Bruner dan Kenney berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik seperti berikut :
1. Teorem Pembinaan
Cara yang paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan untuk mewakili konsep, prinsip atau hukum matematik itu. Aktiviti-aktiviti konkrit haruslah dijalankan oleh pelajar itu sendiri supaya mereka boleh belajar matematik melalui kaedah penemuan.
2. Teorem tatatanda
Tatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikuti perkembangan kognitif pelajar. Contohnya, dalam pengajaran mengenai persamaan, lebih baik dimulakan dengan tatatanda seperti # = 3@ + 2, dan setelah menguasainya, barulah diperkenalkan dengan persamaan seperti y = 3x + 2 kepada murid-murid. Rangkap matematik seperti y = f(x) hanya boleh diperkenalkan di peringkat sekolah menengah.
3. Teorem Kontras dan Variasi
Prosedur perkenalkan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit melibatkan operasi kontras dan variasi. Kebanyakan konsep matematik tidak mempunyai erti bagi pelajar jika konsep itu tidak dapat dibezakan dengan konsep yang lain. Contohnya konsep lengkok, jejari, diameter dan perentas akan menjadi lebih bererti jika sifat-sifat mereka dapat dibezakan. Konsep nombor ganjil dan nombor genap patut dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam kedua-dua jenis nombor itu. Selain daripada itu, setiap konsep matematik yang baru harus diperkenalkan melalui berbagai-bagai contoh. Misalnya, operasi tambah boleh diajar dengan berbagai contoh seperti berikut :
3 + 4 = #, 3 + # = 7, /// + //// = ?
4. Teorem Perhubungan
Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran yang lain. Dalam proses pengajaran, guru haruslah menggunakan konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru. Contohnya operasi tolak harus dikaitkan operasi tambah, operasi tambah dikaitkan dengan operasi darab, operasi bahagi dikaitkan dengan operasi tolak atau operasi

Profesor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, memberi banyak sumbangannya dalam teori pembelajaran matematik. Beliau sudah berjaya dalam merancangkan satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik. Sistem pengajaran beliau yang berdasarkan kepada teori pembelajaran Piaget, adalah dirancangkan supaya mata pelajaran matematik menjadi lebih mudah dan berminat untuk dipelajari.
Dalam buku beliau 'Building Up Mathematics', Profesor Diens berpendapat bahawa setiap konsep ( atau prinsip ) matematik boleh menjadi mudah difahami dengan tepat jika konsep itu diperkenalkan kepada pelajar melalui beberapa contoh yang konkrit. Dienes mengelaskan konsep matematik dalam 3 kategori, iaitu konsep matematik tulen, konsep tatabahasa dan konsep penggunaan seperti berikut.
Konsep matematik tulen ialah sebarang simbol yang boleh mewakili nombor-nombor dan perhubungannya. Contohnya, tiga, 5, VII, adalah contoh-contoh konsep bagi nombor ganjil.
Konsep tatatanda adalah sifat-sifat bagi nombor. Contohnya : 253 bererti 200 + 50 + 3.
Konsep penggunaan ialah penggunaan konsep tulen dan konsep tatatanda untuk menyelesaikan masalah matematik.
Mengikut Dienes, konsep tulen haruslah dipelajari terlebih dahulu daripada konsep tatatanda dan kedua-dua konsep itu harus difahami dengan tepat sebelum digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik. Contohnya, kesalahan dalam operasi 3(2 + 5) = 6 + 5 = 11 yang dilakukan oleh murid ialah akibat dari salah faham mengenai konsep kurungan.
Mengikut Dienes, konsep matematik boleh dipelajari melalui peringkat demi peringkat, serupa dengan perkembangan kognitif yang dihuraikan oleh Piaget. Dienes mengusulkan enam peringkat dalam pengjaran dan pembelajaran matematik.
Peringkat 1 : Permainan Bebas
Murid-murid diberi peluang untuk menjalankan aktiviti permainan matematik dengan menggunakan alat bantu mengajar atau nombor-nombor yang berkaitan dengan konsep yang akan dipelajari. Mereka menjalankan aktiviti ini secara bebas, tanpa apa-apa hukum atau peraturan. Dalam peringkat ini, murid-murid membentuk struktur secara mental serta sikap yang dapat menyediakan mereka dalam memahami konsep matematik itu.
Peringkat 2 : Permainan Berstruktur
Permainan berstruktur ialah permainan yang mengikut peraturan atau hukum. Dalam peringkat ini, murid-murid menemui beberapa peraturan dalam permainan bebas dan menyediakan diri untuk menjalankan aktiviti permainan mengikut peraturan yang ditemui.
Peringkat 3 : Mencari Ciri-ciri
Guru membimbing murid-murid dalam mencari ciri-ciri sama untuk konsep matematik yang dipelajari dengan cara mengemukakan beberapa contoh matematik. Dalam peringkat ini, murid-murid harus dapat mencari ciri-ciri yang serupa dan mengasingkan konsep matematik yang abstrak itu daripada aktiviti konkrit.
Peringkat 4 : Perwakilan Gambar
Selepas mendapat ciri yang sama dalam setiap contoh matematik, murid-murid perlu menyatakan konsep itu dengan menggunakan rajah atau gambar.
Peringkat 5 : Perwakilan Simbol
Perwakilan simbol ialah satu cara yang berkesan untuk menyatakan konsep daripada perwakilan gambar. Murid-murid patut dibimbing supaya menggunakan simbol-simbol matematik utnuk mewakili konsepnya.
Peringkat 6 : Formalisasi
Dalam peringkat ini, murid-murid akan menggunakan simbol-simbol yang difahami untuk menyelesaikan masalah atau membina teorem, hukum dan rumus matematik supaya menjadi satu sistem formal. Adalah ditegaskan bahawa bukan kesemua enam peringkat tersebut akan digunakan dalam sebarang pelajaran matematik. Peringkat 1 biasanya digunakan bagi murid-murid yang mula hendak mempelajari matematik. Apabila mereka sudah memperolehi konsep matematik asas yang cukup, kita boleh mulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik daripada peringkat 2 atau gabungan dengan peringkat 3.
Sebagai panduan, kita gunakan hukum tukar tertib untuk operasi tambah dalam perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat-peringkat yang dihuraikan di bawah.
Peringkat 1 : Murid-murid diberi peluang untuk membina dua set benda yang sama daripada biji getah atau benda-benda maujud yang lain.
Peringkat 2 : Murid di suruh 'campur' kedua-dua set itu untuk mendapatkan jumlah.
Peringkat 3 : Murid-murid disuruh menjalankan aktiviti di atas dengan menggunakan berbagai bilangan benda dalam setiap set. Dalam aktiviti-aktiviti itu, murid-murid akan dibimbing untuk menemui ciri yang sama daripada operasi tambah, iaitu kedua-dua operasi tambah memberi hasil tambah yang sama.
Peringkat 4 : Murid-murid dibimbing untuk menyatakan konsep hukum tukar tertib dengan perwakilan gambar
Peringkat 5 : Murid-murid dibimbing untuk menyatakan konsep hukum tukar tertib dengan perwakilan simbol.
Peringkat 6 : Murid-murid dibimbing untuk menemui Hukum Tukar Tertib dalam operasi tambah, iaitu :

Apakah yang harus dipelajari dalam matematik ? Robert M. Gagne, seorang profesor dan ahli psikologi menyenaraikan Fakta, kemahiran, konsep dan prinsip sebagai empat kategori yang harus dipelajari dalam metematik.
Fakta matematik adalah bahasa matematik seperti simbol yang mewakili nombor, tanda operasi tambah, tolak, bahagi dan darab, istilah segitiga, sudut dan sebagainya. Fakta-fakta matematik boleh dipelajari melalui cara hafalan, latih tubi dan permainan. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran tindak balas rangsangan.
Kemahiran ialah prosedur dan operasi yang dijalankan dengan tepat dan masa yang berpatutan. Contoh kemahiran-kemahiran matematik ialah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, membina sudut tepat, melukis bulatan dan sebagainya. Kemahiran jenis ini boleh dikuasai melalui latihan dan permainan. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran melalui rantaian.
Konsep matematik ialah idea yang diabstrakkan daripada contoh-contoh konkrit. Definisi-definisi yang diberikan kepada perimeter, segitiga sama, set, subset, nombor perdana dan sebagainya ialah contoh-contoh bagi konsep matematik. Seorang murid dikatakan telah mempelajari konsep bulatan apabila dia sudah boleh mengelaskan ciri-ciri set bulatan. Konsep matematik boleh dipelajari melalui definisi atau pemerhatian objek-objek yang ada kaitan dengan konsep itu. Pembelajaran jenis ini adalah pembelajaran konsep.
Prinsip matematik ialah gabungan dan perhubungan di antara konsep-konsep matematik. Teorem dan hukum matematik ialah contoh-contoh bagi prinsip matematik. Prinsip matematik boleh dipelajari melalui proses inkuiri dan penemuan atau penyelesaian masalah. Seorang pelajar dikatakan telah memahami sesuatu prinsip apabila dia telah mengenalpasti konsep-konsep dalam prinsip itu, mengaitkan konsep-konsep mengikut urutan yang sesuai serta menggunakan prinsip itu dalam situasi yang khusus. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran melalui penyelesaian masalah.
David P. Ausubel, seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat, adalah orang yang pertama mengemukakan teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada resepi yang bermakna. Beliau menyarankan pembelajaran resepi adalah lebih berkesan daripada pembelajaran inkuiri dan penemuan yang dicadangakan Bruner. Di dalam terbitan 'Education Theory' Januari 1961, Ausubel menghuraikan perbezaan di antara pembelajaran bermakna dan pembelajaran hafalan:
Pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana pelajar sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamnya serta bahan-bahan pembelajaran yang dipelajari adalah berguna untuknya. Sekiranya pelajar hanya mempunyai tujuan untuk menghafaz sahaja, hasil pembelajarannya akan berupa hafalan dan tidak bermakna.
Ausubel dalam kajiannya cuba menunjukkan bahawa pembelajaran resepi adalah satu-satunya strategi pengajaran yang paling berkesan untuk pembelajaran bermakna. Di dalam terbitan 'Arithmetic Teacher' Febuari 1968, Ausubel menghuraikan perbezaan di antara pembelajaran resepi dan pembelajaran penemuan:
Dalam pembelajaran resepi, maklumat terancang yang lengkap diberikan kepada pelajar. Pelajar hanya menyerap maklumat itu ke dalam struktur kognitifnya sahaja. Dalam pembelajaran penemuan, maklumat yang hendak dipelajari tidak diberikan, dan pelajar dikehendaki mencari maklumat itu sendiri. Selepas penemuan, pelajar seperti pembelajaran resepi, menyerap maklumat yang ditemui ke dalam struktur kognitifnya.
Mengikut Ausubel, ada dua pra syarat bagi pembelajaran resepi menjadi bermakna.
1. Pelajar sendiri mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran.
2.Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada di dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.
Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu pembelajaran yang bermakna. Pertama peringkat perkembangan kognitif masih rendah untuk memahami konsep yang lebih kompleks. kedua, kekurangan motivasi yang dapat mendorong pelajar supaya belajar konsep dengan cara yang bermakna. Ketiga, strategi pembelajaran seperti menghafaz teorem, definisi dan langkah-langkah penyelesaian masalah akan menggalakkan pembelajaran hafalan yang tidak bermakna.
Selepas membaca teori-teori pembelajaran yang dikemukan oleh ahli-ahli psikologi dan ahli-ahli matematik, beberapa implikasi boleh dirumuskan untuk pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan.
Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan, peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor yang paling penting untuk menentukan teknik pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran. Murid-murid di sekolah yang masih dalam peringkat operasi konkrit hanya boleh menjalankan aktiviti pembelajaran yang bermakna dengan menggunakan benda-benda maujud atau alat bantu mengajar. Di dalam peringkat ini, aktiviti pengjaran harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak.
Melalui pengalaman konkrit ini, murid-murid boleh mempelajari konsep matematik dengan tepat dan bermakna. Ahli-ahli psikologi seperti Piaget, Bruner, Dienes dan Gagne menegaskan kepentingan penguasaan konsep matematik dalam aktiviti penyelesaian masalah. Untuk mempelajari konsep matematik, istilah-istilah dan simbol-simbol matematik harus dikaitkan dengan benda-benda konkrit, alat-alat bantu mengajar atau situasi-situasi konkrit. Di samping itu, istilah-istilah dan simbol-simbol matematik harus diperkenalkan daripada peringkat mudah kepada kompleks mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak.
Selain daripada alat bantu mengajar, pembelajaran konsep matematik boleh juga dilakukan memlalui berbagai cara. Dalam hal ini, Brunner mencadangkan penggunaan kaedah penemuan. Gagne menegaskan pembelajaran pembezaan ciri-ciri di antara konsep dengan konsep yang lain, dan Ausubel mengusulkan pembelajaran resepi dengan memperkenalkan 'pengelola awal' dari peringkat permulaan serta mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan konsep yang baru. Di samping itu, konsep umum patut diajar terlebih dahulu, diikuti dengan ciri-ciri spesifik.
Peneguhan positif juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam aktiviti pengukuhan. Melalui peneguhan positif, kemahiran-kemahiran matematik bukan sahaja dikuasai dengan berkesan tetapi minat pembelajaran matematik juga dapat dipertingkatkan.
Pendidikan akan berubah jika kebudayaan berubah. Pendidikan perlu mengikuti aliran zaman kerana pendidikan berfungsi sebagai agen penyebar kebudayaan. Jika pendidikan ketinggalan zaman. Pendidikan tidak akan berfungsi dengan berkesan. Ini sesungguhnya adalah penting untuk menjamin kemajuan masyarakat.

Bahan-bahan Rujukan
Aliran Pendidikan : Sulaiman Hamzah dan Karimah Zainab, Pustaka Aman Press, K.L. 1977.
Buku Matematik untuk KBSR ( Buku 1 hingga Buku 6): Kementerian Pelajaran Malaysia, DBP, K.L., 1982 - 1987.
Buku Panduan Am KBSR : Pusat Perkembangan Kurikulum, DBP, 1981.
Buku Panduan Khas Matematik ( Buku 1 hingga 6) : Pusat perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, DBP, 1981-1986.
Buku Sumber : Matematik, PPK, 1982.
Buku Panduan Khas : Program Pemulihan, PPK, 1982.
Buku Panduan Khas : Kelas Bercantum, PPK, 1982.
Buku Panduan Khas : Penilian, PPK, 1982.
Buku Panduan Khas : Program Pengkayaan, PPK, 1982.