22 July 2009

KELEBIHAN BUDU KELANTAN

Budu sinonim dengan negeri kelantan, ianya diguna dalam menu harian orang kelantan baik sebagai sambal bagi ulam-ulaman dan juga sebagai pembuka selera sewaktu tidak berselera.

Menurut pengkaji dari Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat budu mengandungi gynestin dan phytoestrogen yang melambatkan penuaan dan mencegah kanser payu dara.

Mengikut kajian rambang pengambilan budu sebanyak 150gram sehari dapat menurunkan kadar kolestrol di luar jangkaaan. Budu juga dapat mencegah cirit birit, penyakit jantung dan hipertensi. Ianya juga dapat merangsang sel otak dan meningkatkan daya pemikiran.

Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.
Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.
Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari

2 comments:

Anonymous said...

memeng sengoti budu banyak khasiat...ada jual ke budu ambo nak beli he he he

Anonymous said...

d sarikei nun ado ko budu, cikgu? kalu budu sarawak, x sama tu. tp mana2 cikgu klate hok dok ngajar situ, make je la. leh gak lepas gian.