Kisah Tali Gantung Dan Banduan
Terakhir |( Sebagai Pengajaran Untuk Kita Semua )
Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung
sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini
dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti
mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang
menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering
darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai
mati.
Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000
satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal
akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo
selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai
nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam
peti besi.
Setiap tali gantung yang diterima ada
perkiraannya. Ada cara-cara yang
kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan
tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi
untuk mematahkan tengkuk banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai
banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel
mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis
keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam
waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman
akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama
Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat
Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma
harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung
selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia
dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang
biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara
untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah
menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan
sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke
saat-saat terakhir.
Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada
sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari
saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu
untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap
terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan
meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari
hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati
penuh gaya . Banduan
itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah
dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan
dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara
automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18
meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana
penjara.
Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari
bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang
gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya
mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan
diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah
kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak
ada masalah.
‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.
‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau
menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka
untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah,
umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan
terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung
adalah berkaitan dengan dadah.